..salam..
badan ku direhatkan sebentar di atas katil..
ya, hari ini sangat letih, penat..
letih kerana baru pulang dari menghantar sepupu ke hentian kajang..
dan esok, aku akan mengikut jejaknya jua..
andai aku masih lagi diberi kesempatan..
kami akan bertemu kembali di KELANTAN..
insya'allah..
di satu sudut..
aku terpandangkan novel..
ya, itu novel VERSUS karya hlovate..
ingin sekali aku meneruskan pembacaan yang terhenti petang tadi...
namun, mataku sudah keletihan..
meronta-ronta untuk didodoikan..
versus..
entah mengapa, hatiku terpaut untuk membeli novel ini semalam..
di MPH ketika mataku ligat mencari novel rooftop rant..
namun, tanganku terhenti untuk mengambil novel versus..
padahal, selama ini..
aku bukanlah kaki novel..
ada sesuatu yang aku suka mengenai VERSUS..
entah mengapa, ku rasakan novel ini seolah-olah mengambarkan diriku..
masa lampauku dan masa kiniku..
aku terpaut untuk meneruskan pembacaan..
dan, memang benar..
novel ini sama seperti kehidupan yang aku sedang jalani sekarang..
versus..
merungkai persoalan mengenai perubahan diri..
iaitu bagaimana mahu menjadi BAIK?
definisi baik dari pelbagai sudut...
dan ianya terserah kepada individu itu sendiri..
namun, bagi hlovate..
baik itu ialah apabila kita beriman kepada ALLAH..
dengan mengamalkan segala perintahNYA..
dan meninggalkan segala laranganNYA..
memang benar aku ingin berubah..
tapi kadang-kadang aku ragu-ragu dengan niatku ini...
adakah aku mampu menjadi BAIK??
namun, segalanya terjawab setelah membaca novel ini..
dan kini aku NEKAD untuk berubah..
berubah menjadi yang LEBIH BAIK..
mungkin, cuti sem kali ini membawa seribu makna kepadaku..
dan akan aku manfaatkan cuti kali ini..
dengan membaca semua karya hlovate..
:)
nasihat aku..
kamu tak akan menyesal jika membacanya..
banyak perkara yang akan dapat kamu pelajari kelak..
terutamanya mengenai agama ISLAM..
ya ALLAH, aku bersyukur..
kerana aku masih diberi kesempatan untuk berubah.,.
alhamdulillah..
kata-kata terakhirku..
~ selamat bercuti kepada PUAN ROZMEL dan TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN~
*saadiah*
No comments:
Post a Comment