Saturday, June 26, 2010

...indahnya jika kita mampu menjadi yang LEBIH BAIK..

..salam..

badan ku direhatkan sebentar di atas katil..
ya, hari ini sangat letih, penat..
letih kerana baru pulang dari menghantar sepupu ke hentian kajang..
dan esok, aku akan mengikut jejaknya jua..
andai aku masih lagi diberi kesempatan..
kami akan bertemu kembali di KELANTAN..
insya'allah..

di satu sudut..
aku terpandangkan novel..
ya, itu novel VERSUS karya hlovate..
ingin sekali aku meneruskan pembacaan yang terhenti petang tadi...
namun, mataku sudah keletihan..
meronta-ronta untuk didodoikan..


versus..
entah mengapa, hatiku terpaut untuk membeli novel ini semalam..
di MPH ketika mataku ligat mencari novel rooftop rant..
namun, tanganku terhenti untuk mengambil novel versus..
padahal, selama ini..
aku bukanlah kaki novel..

ada sesuatu yang aku suka mengenai VERSUS..
entah mengapa, ku rasakan novel ini seolah-olah mengambarkan diriku..
masa lampauku dan masa kiniku..
aku terpaut untuk meneruskan pembacaan..
dan, memang benar..
novel ini sama seperti kehidupan yang aku sedang jalani sekarang..

versus..
merungkai persoalan mengenai perubahan diri..
iaitu bagaimana mahu menjadi BAIK?
definisi baik dari pelbagai sudut...
dan ianya terserah kepada individu itu sendiri..
namun, bagi hlovate..
baik itu ialah apabila kita beriman kepada ALLAH..
dengan mengamalkan segala perintahNYA..
dan meninggalkan segala laranganNYA..

memang benar aku ingin berubah..
tapi kadang-kadang aku ragu-ragu dengan niatku ini...
adakah aku mampu menjadi BAIK??
namun, segalanya terjawab setelah membaca novel ini..
dan kini aku NEKAD untuk berubah..
berubah menjadi yang LEBIH BAIK..

mungkin, cuti sem kali ini membawa seribu makna kepadaku..
dan akan aku manfaatkan cuti kali ini..
dengan membaca semua karya hlovate..
:)

nasihat aku..
kamu tak akan menyesal jika membacanya..
banyak perkara yang akan dapat kamu pelajari kelak..
terutamanya mengenai agama ISLAM..
ya ALLAH, aku bersyukur..
kerana aku masih diberi kesempatan untuk berubah.,.
alhamdulillah..

kata-kata terakhirku..
~ selamat bercuti kepada PUAN ROZMEL dan TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN~

*saadiah*

Tuesday, June 22, 2010

cute child beside me says, " nice to meet you..""yupz.. you too, what is your name, sweety?" me ask.. "Ana Babun.." she said..  -nice moment-

Monday, June 21, 2010

..draf kertas kerja tugasan berkumpulan..

salam..

sila klik ini untuk kulit depan tugasan..
sila klik ini untuk isi kandungan tugasan..
sila klik ini untuk hasil perbincangan dan analisis borang kajiselidik..

harap maklum..

Alhamdulillah.. Sa cinta ZZZT 2243

Dua bulan menjalani kuliah kemahiran menulis sangat menyenangkan sa rasakan, jujur sahaja.. awal memasuki kursus ini sa merasa kurang yakin mampu melaluinya, tapi alhamdulillah.. puan Rozmel,.. pensyarah tercinta dan teman-teman se-kelas mampu membuat sa betah dan tidak ingin absent dari kuliah  :)


Banyak hal yang sa pelajari dari khusus ini, bukan hanya menambah wawasan mengenai indahnya bahsa melayu, panduan penulisan yang terarah dan sistematis.. tetapi makna kebersamaan dan saling menghormati yang selalu puan rozmel ajarkan secara tidak langsung dalam setiap tindakan membuat sa benar -benar merasa syukur tidak salah memilih kursus ZZZT 2243 ini! 


Akhir kata.. setelah menyelesaikan beberapa kertas kerta perseorangan dan berkumpulan bersama rekan tersayang kak sa'adiah, kak intan (semoga cepat sembuh ya kak..) serta beberapa kumpulan lain yang sangat bersemangat dan selalu buat 'usyah' (betul ke tak yang sa tulis ne? hihi)


Pertemuan yang indah, dan akhir yang ceria.. terima kasih puan rozmel dan rakan-rakan kemahiran menulis.
sa suka berada bersama kalian!! semoga kita boleh menjawab peperiksaan dengan baik.. amien :)


CHAYYO semua..!!


*Mardalisa

Cinta yang Sederhana

Ku mencintaimu dengan sederhana
seperti huruf yg mnghslkn makna
laksana pelangi yang membasahi bumi

Ku belajar mencintaimu dengan sempurna
dengan keterbukaan, tanpa kebohongan
tiada persyaratan,tanpa paksaan

Ku mencintaimu secara metamorfosis
bertahap, sistematis bukan instans
seperti ulat yang mnjdknnya kupu-kupu
seperti malam yang di terangi bintang
bukan api yang menjadikannya abu..
sungguh bukan itu..
(malaysia, 20 Feb '10)


*Mardalisa

Friday, June 18, 2010

..ini BUKAN kebetulan tetapi semuanya telah DIRANCANG!!!

salam..

hari ini, semasa saya sedang melayari FB..
tiba-tiba hati saya terdetik untuk membaca satu artikel ini ...
ya, ianya berkenaan isu ISLAM dan YAHUDI..
mungkin artikel ini telah lama dikeluarkan..
tapi saya tetap mahu berkongsi bersama rakan-rakan sekalian..

maaf, kerana saya tidak dapat meneruskan pembacaan..
KEBENARAN yang diketahui sudah cukup menyeramkan saya..
maaf untuk kelemahan diri ini..

-saadiah-

..mari bercakap tentang KEHIDUPAN..

salam..

kehidupan ini adalah satu ANUGERAH..
anugerah yang TERINDAH..
yang diberikan oleh-NYA..

setiap individu mempunyai TAKDIR kehidupan yang berbeza..
ya, kita semua berbeza..
tetapi, ingatlah hidup ini umpama RODA..

sekejap kita di atas,
sekejap kita di bawah...

oleh itu, HARGAILAH hidup ini selagi kita mampu..
jangan disesali segala yang telah terjadi..
setiap dugaan yang datang, adalah ujian dari-NYA..

bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kini..
kerana bukan semua insan mempunyai takdir hidup yang sama seperti kita..

                                      alhamdulillah..

*saadiah*

..fadilat HARI JUMAAT..

salam..

Terdapat banyak hadis dan riwayat mengenai KELEBIHAN hari Jumaat...
antaranya,
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


    *saadiah*

Thursday, June 17, 2010

..d'masiv_jangan menyerah..

salam..

kami sukakan lirik lagu ini..
ada makna tersirat yang cuba disampaikan oleh penyanyi ini..
ianya sangat bermakna buat kami..

Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Back to Reff 1
Back to Reff 2

Cintamu yang Kurasa…

Saat cinta ku mulai rasa
Kamu tahu jika aku terlalu gila?
Tak tahu dari mana ia datangnya
Tak pernah mau ia pergi berlalu..
Racunmu jalari hati  hingga mata ini
Hingga ia terbuka dan terpejampun slalu kamu ada..
Seperti bayangan,
Lebih dekat daripada urat dijantungku
Sering berdebar tanpa kendali, berirama surgawi
Cintamu selalu memaksa..
Hingga terluka jika kamu tiada
Dadaku terasa sesak..
Hatiku berdenyut tak karuan
Lidahku keluh saat kau jauh
Pikirankupun sirna hanya untukmu..
Hingga kau pun acuh, diriku sepi
Ku terlalu lemah untuk hidup sendiri
Ku perlu bahu tempat bersandar pilu
Bukan sekedar tempat bersinggah
Lebih dari itu.. sungguh lebih jauh..
Diriku hilang kendali, terlalu sering terjadi
Apakah kamu merasakannya?
Malaysia-(20th, may ’10)

*Mardalisa


Sejarah Kota Makkah al-Mukarramah

Makkah (Al-Balad Al Haram) adalah tanah suci yang paling di cintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, ia juga sebagai kiblat bagi kaum muslimin. Kota Makkah mempunyai banyak nama, terdapat lima puluh nama kesemuanya. Namun Allah SWT menyebutnya dalam al-Qur’an dalam lima sebutan iaitu: Makkah, Bakkah, Al-Balad, Al-Qaryah dan Ummul Qura.

Allah SWT menjadikan kota Mekkah sebagai kota suci ibadah Haji yang terdapat Kaabah didalamnya, iaitu binaan pertama di muka bumi dimana segala sesuatu yang terdapat di Makkah baik berupa pokok – pokok, tanaman dan bahkan burung tidak boleh diusik. Amalan perbuatan yang dilakukan didalamnya memberikan pahala dan dosa yang berlipatganda dibandingkan tempat lain, seperti mengerjakan solat di Makkah (Masjid Haram) pahalanya sama dengan seratus ribu kali solat di tempat lain.

Riwayat daripada Jabir bin Abdullah r.a menceritakan bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda: “Solat di Masjidku ini lebih utama daripada seribu solat di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Haram lebih utama pahalanya daripada 100,000 sembahyang di tempat yang lain” [Lihat Imam Ahmad 3/342,397]

Keutamaan sekali solat di Masjid Haram mengikut hadis diatas setara dengan melakukan solat lima waktu selama 55 tahun, 6 bulan dan 20 hari.  Allah SWT melindungi dan menjaga kesucian serta bersumpah atas nama kota Makkah disebabkan oleh kedudukan mulianya yang terbentuk sejak proses penciptaan syurga dan dunia. Disebutkan dalam firman Allah SWT yang berbunyi:

”Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia” [Ali-Imran:97]

”Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini” [Al-Balad 90:1]
                                                         

Rajah 1. Tanah Haram disekeliling kota Makkah

Kependudukan kota Makkah dimulai dari puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Musta’ribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun. Bani Khuzaah memperkenalkan penyembahan berhala berterusan pada zaman kaum Quraisy dan Nabi Muhammad s.a.w

1.1   SEJARAH PEMBINAAN KAABAH

Allah SWT berfirman:

”Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan).”[Al-Maidah 5:97]

Kaabah merupakan binaan suci milik Allah SWT yang terletak di tengah Masjidil Haram. Berdasarkan riwayat al-Azraqi dari Abu Nujaih dikatakan ”Disebut Kaabah kerana ianya berbentuk kubus (Ka’b) dan berbentuk empat persegi (Muraabba’)”.

2.1.1  ASAS PEMBINAAN KAABAH

Kaabah telah dibina lebih dari satu kali, namun hanya lima kali sahaja pembinaan Kaabah yang terkenal dalam sejarah. Pertama, Kaabah dibina oleh para Malaikat, kali kedua Kaabah dibina oleh Nabi Adam a.s., kali ketiga Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s., keempat Kaabah dibina kembali oleh Suku Quraisy pada masa jahiliyah, dan perkara ini disaksikan oleh Nabi s.a.w ketika berumur 25 tahun, dan yang kelima dibina kembali oleh Ibn Az-Zubair r.a.

·        Bagaimana Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. membina Kaabah

Allah SWT menyuruh Nabi Ibrahim membawa Ibunda Hajar setelah melahirkan Nabi Ismail ke Makkah. Setelah Meninggalkan Hajar dan Ismail a.s. di Makkah, baginda sentiasa mengunjungi serta memeriksa mereka.

Pada suatu kunjungan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. untuk menjalankan perintah Allah membina sebuah rumah di Makkah. Baginda menunjukkan pada suatu bidang yang lebih tinggi daripada di sekelilingnya dan mula meletakkan asas dari batuan (Al-Maqam) yang disiapkan Nabi Ismail sebagai pijakan. Kemudian mereka berdo’a sambil berpusing di sekitar binaan tersebut:

”Ya Tuhan kami! Terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-Baqarah 2:127]

·        Bagaimana Quraisy Membina Kaabah Kembali

Ketika itu, barang berharga milik Kaabah telah banyak dicuri. Suku Quraisy membinanya kembali dan memasang atap-atapnya dari kepingan kayu kapal seorang peniaga Rom yang terkandas di tepian pantai Jeddah. Perobohan Kaabah dimulai oleh al-Walid bin al-Mughirah lalu diikuti orang ramai.

·        Nabi Muhammad s.a.w Meletakkan Semula Hajarul Asywad pada Tempatnya

Setiap suku Quraisy berbalah mengenai siapa yang berhak meletakkan batu tersebut ke dalam tempat asalnya dan hal ini hampir menimbulkan peperangan diantara suku.

Seorang tetua bernama Abu Umayyah bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum mengatakan:”Wahai kaum Quraisy ikutilah persetujuan mengenai perkara yang kamu pertikaikan itu, biarkanlah orang pertama yang masuk melalui gerbang masjid ini yang memutuskan masalah itu untukmu.”

Ketika itu, orang yang pertama kali masuk gerbang adalah Rasulullah s.a.w. Setelah diceritakan kepada beliau mengenai perkara tersebut, baginda memerintahkan untuk mengambilkan serbannya. Batu Hajar Aswad diletakkan oleh baginda di tengah serban dan ia menyuruh perwakilan setiap suku untuk mengangkatnya beramai-ramai pada tepi serban sehingga setelah sampai di tempatnya baginda meletakkan batu tersebut. [Lihat Sirah Ibnu Hisyam 1,233,234]

·        Bagaimana Ibn Az-Zubair r.a Membina  Kaabah Semula

Abdullah bin Az-Zubair r.a. lari ke Makkah kerana tidak berpendapat dengan Yazid bin Mu’awiyah. Yazid mengirimkan pasukan untuk menangkap Ibn Az-Zubair di bawah pimpinan Al-Husain bin Numair.

Kejadian terbakarnya Kizwah dikarenakan angin ribut menyebabkan Kaabah mulai roboh. Akhirnya Ibn Al-Zubair mengirimkan pesan yang memujuk Husain untuk tidak melakukan penyerangan. Setelah kepergian Husain dari Makkah, Ibn Az-Zubair melakukan perundingan dengan pembesar untuk melakukan perobohan Kaabah dan membinanya kembali sepertimana yang diperkatakan Rasullulah s.a.w. walaupun dalam proses sebelumnya banyak yang tidak setuju terutama Abdullah bin Abbas r.a.

Ibn Al-Zubair melakukannya kembali di atas dasar yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan Ismail a.s., sebagaimana kaum Quraisy tidak berjaya dalam hal itu. Dalam kitab Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. mengatakan padanya:
”Apakah kamu tidak melihat bahawa ketika kaummu (iaitu Quraisy) membina kembali Kaabah, mereka tidak membina penuh di atas asas Nabi Ibrahim?”Aishah bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa baginda tidak menempatkannya kembali di atas asas Nabi Ibrahim?”Rasulullah s.a.w. menjawab: Seandainya kaummu tidak begitu dekat dengan masa kekufuran (iaitu sangat baru di dalam islam), aku sudah melakukannya.”

Maka Ibn Al-Zubair menggabungkan Hijr kedalam binaan Kaabah, dan memberinya dua pintu, satu di sebelah timur dan satu lagi dibarat. Hal ini menyebabkan Ibn Zubair terbunuh. Al-Hajjaj memasuki Makkah dan menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan mengenai bahagian binaan Kaabah yang ditambah Ibn Al-Zubair. Abdul Malik bin Marwan membalas surat perintah kepada Al-Hajjaj untuk kembali mengubah pintu bahagian barat, sehingga pada saat ia mengetahui kebenaran hadis Aisyah r.a., ia menyesal terhadap apa yang diperintahkannya.

Pada masa pemerintahannya, khalifah Al-Walid bin Abdul Malik telah mengirimkan 36,000 dinar (wang emas) agar melapisi pintu, saliran air (mizab), tiang dan sudut bahagian dalam Kaabah dengan lapisan emas. Al-Walid adalah orang pertama dalam Islam yang menghiasi Kaabah dengan emas.

Ukuran Kaabah
Tinggi                                                                                 : 14.00 meter
Panjang di sudut Multazam (Hajarulaswad-Rukun Iraqi)      : 12.84 meter
Panjang di sudut Hijr Ismail (Rukun Iraqi-Rukun Syami)      : 11.28 meter
Panjang diantara rukun Yamani dan rukun Yamani               : 12.11 meter
Panjang antara Rukun Yamani dan Hajarulaswad                : 11.52 meter


Rajah 2. Kaabah


2.2  PERISTIWA PASUKAN GAJAH

Seorang raja Ethiopia bernama Abrahah di negeri Yaman telah mendirikan sebuah gereja yang dikenali sebagai Al-Qullais. Dia ingin mengalihkan ibadah haji orang Arab dari Kaabah ke gereja yang dibinanya. Ia menyerbu Kaabah dan memerintahkan tentera Abyssini yang berangkat dengan gajah.

Abdul Muthalib yang merupakan pemimpin sewaktu itu memberitahukan kaum Quraisy agar meninggalkan Makkah, mereka berdiri sambil memegang pintu Kaabah seraya berkata:
”Ya Allah, hanya kepada-Mu hambamu ini memohon pertolongan untuk melindungi Kaabah ini, maka lindungilah rumah-Mu ini ya Allah, Jangan biarkan kemarahan dan kekuatan mereka mengalahkan keagungan-Mu esok.”

Ketika Abrahah menyiapkan gajahnya untuk berjalan menuju Makkah, gajah-gajah itu tidak mahu bergerak dan merebahkan badannya. Kemudian Allah mengirim burung-burung dari laut dengan membawa batu neraka sebesar biji kacang adas yang mampu menghujani mereka semua sehingga mati tanpa bersisa seperti yang diterangkan Allah dalam surah Al-Fill:

”Tidakkah engkau (Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhan-mu telah bertindak terhadap pasukan bergajah? Bukanlah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung  yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang dibakar, sehingga mereka Dijadikan-nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat).”[Al-Fill:1-5]


2.3  ROSAKNYA KAABAH PADA AKHIR ZAMAN

Diriwayatkan dari Sa’id bin Sam’an bahawa ia mendengar Abu Hurairah r.a. memceritakan kepada Abu Qatadah bahawa Rasululah s.a.w bersabda:
”Seorang lelaki yang berada di antara Rukn dan Maqam akan dia sumpah untuk setia dan tidak seorangpun akan mengganggu kesucian rumah ini kecuali orang yang memilikinya. Ketika mengganggunya, jangan persoalkan tentang kerosakan orang-orang Arab. Kemudian pasukan Abyssini akan datang dan merosakkannya dengan segala cara sehingga bangunan itu tidak akan pernah dibangunkan kembali, dan mereka adalah orang-orang yang akan mendapatkan harta pusakanya.” [Ahmad 2/291]

Hadis ini bertentangan dengan hadis Aisyah r.a. yang di katakan Ibn Hajar dalam bukunya Fathul Bari, bab Hadam al-Kaabah: ”Ini menunjukkan bahawa Kaabah akan diserang, pada masa itu Allah SWT akan menghancurkan mereka sebelum mereka sampai ke Kaabah, dan pada masa lain pula Allah SWT akan membiarkan mereka sehingga sampai ke Kaabah, perkara ini memberi makna bahawa mereka yang menghancurkan Kaabah akan menerima padahnya seperti penyerangan yang pertama.”


*Mardalisa :)

Monday, June 14, 2010

..slide show dan video dari SALSABILA buat anda semua...

salam..

ini adalah video yang telah kumpulan kami siapkan..
di harap anda semua terhibur..
selamat menonton!!



untuk melihat slide show kumpulan kami..
sila klik di sini

*saadiah*

Thursday, June 10, 2010

..intan, kami rindukan kamu...

salam..


entah mengapa...
hati ini kesunyian..
kenangan bersamamu menerjah di ingatan kami...

ya, kami sangat rindukan kamu..
kami rindukan senyumanmu..
kami rindukan saat-saat bersamamu..
kalau boleh, kami mahu kamu bersama kami..

namun, apakan daya..
detik pertemuan ini hanya sementara..
hanya doa sahaja yang mampu kami titipkan untuk kamu..

intan,
semoga kamu cepat sembuh..
harapan kami agar kamu sentiasa tabah menghadapinya..
insya'allah, kami akan sentiasa menyokongmu..
dan ingatlah, ALLAH sentiasa ada di saat kamu memerlukannya..

nukilan,
~saadiah~

Tuesday, June 8, 2010

..nidji_laskar pelangi..


mimpi adalah kunci....
untuk kita menaklukkan dunia....
berlarilah tanpa lelah...
sampai engkau
meraihnya...
laskar pelangi...
tak kan terikat waktu...
bebaskan mimpimu di angkasa..
warnai bintang di jiwa...

menarilah dan terus tertawa...
walau dunia tak seindah syurga...
bersyukurlah pada Yang Kuasa...
cinta kita di dunia selamanya…

cinta kepada hidup..
memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang tak adil..
tapi cinta lengkapi kita..

*lagu ini sangat bermakna buat kami kerana lagu ini dapat menaikkan semangat kami untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan..*

akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia 1998

apa itu Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998?
-suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai kuasa untuk mengawasi dan mengawal selia aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia dan menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan multimedia Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan.

apakah tujuan utama penubuhannya?
-untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

apakah peranannya?
-berperanan penting untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia,
-berperanan juga untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan atas talian yang semakin berkait rapat.

sumber maklumat:
-carian di google ..

Monday, June 7, 2010

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])

*sumber maklumat

-wikipedia-

Tuesday, June 1, 2010

BORANG KAJISELIDIK


BORANG KAJISELIDIK

JUN 2010



Universiti Kebangsaan Malaysia

Salam sejahtera.

Kami memohon kerjasama daripada saudara/i untuk membantu kajian tentang kesan perbezaan identiti dalam dunia maya dan dunia realiti. Projek ini merupakan sebahagian daripada kursus Kemahiran Menulis (ZZZT 2243).

Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti perbezaan identiti, psikologi, imej dan penampilan pengguna dalam dunia realiti dan dunia maya. Saudara/i telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan kami sangat berbesar hati sekiranya saudara/i melengkapkan setiap soalan dan mengembalikannya kepada penyelidik. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian, iaitu A, B dan C.Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan rahsia. Nama saudara/i tidak akan kelihatan di mana-mana dokumen. Nombor kod akan digunakan untuk melalui identiti saudara/i. Semua soal selidik akan dimusnahkan setelah kajian ini disiapkan.


Bahagian A : Maklumat Responden

Arahan : Sila tanda √ dalam tempat yang berkenaan

1. Jantina

Lelaki____ Perempuan____


2. Bangsa

Melayu____ Cina ____ India____ Lain-lain, nyatakan________________


3. Taraf pengajian

Ijazah Sarjanamuda____ Ijazah Sarjana____ Ijazah Kedoktoran____


4. Tahun Pengajian

1___ 2____ 3____ 4____


Bahagian B : Kajian Corak Penggunaan

1. Apakah anda mempunyai akaun Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain ?

___ Ya, nyatakan_______________________

___ Tidak


2. Pada waktu bilakah anda melayari Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain

Pagi___ Petang____ Malam____ Setiap Masa____


3.Berapakah masa yang anda peruntukkan dalam sehari untuk melayari Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain?

1-2 jam____ 2- 4 jam____ 5- 6 jam____ 6jam keatas____

4. Berapakah jam tidur yang diperuntukan selepas menggunakan perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain

1 – 2 am

5 – 6 jam

3 – 4 jam

6 jam ke atas


5. Adakah laman web tersebut mengganggu aktiviti harian anda?

Ya___ Tidak____


6. Dimanakah tempat yang biasa anda layari Laman Web tersebut?

Bilik____

Perpustakaan Tun Sri Lanang _____

Cyber Cafe _____

Pusat Kemudahan Kolej _____

Fakulti___

Lain- lain, nyatakan___________________


7. Anda menggunakan perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain untuk mencari maklumat.

Ya____ Tidak____ Lain-lain, nyatakan__________________


8. Anda lebih cenderung untuk melayari Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain berbanding membaca jurnal, ebook, surat akhbar atas talian (online)?

Ya____ Tidak____


9. Adakah anda menggunakan perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain sepenuhnya?

Ya____ Tidak____

Jika tidak, sila nyatakan alasan anda


10. Adakah anda mengetahui kepentingan penggunaan pengenalan diri sebenar dalam dunia maya kepada pengguna dan masyarakat?

Ya____ Tidak____


11. Adakah anda menggunakan pengenalan diri yang sebenar didalam dunia maya?

Ya_____ Tidak____

Sila nyatakan alasan anda__________________________________________________________


12. Adakah anda menggunakan pengenalan diri yang berbeza didalam dunia maya?

Ya_____ Tidak______

Sila nyatakan alasan anda___________________________________________________________


13. Bagaimanakah tahap keselamatan (privasi) anda sejak menggunakan pengenalan diri sebenar dalam perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain

Terganggu

Tidak berubah

Selamat

Tidak pasti



14. Apakah kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan pengenalan diri sebenar dalam laman web tersebut? Kelebihan________________________________________________________________________

Kekurangan______________________________________________________________________

15. Adakah perkhidmatan laman web tersebut memberi kesan kepada diri anda?

Positif ______ Negatif______

16. Dengan adanya perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain, adakah ia mempengaruhi penampilan identiti anda?

Yes ____ Tidak_____

17. Adakah anda bersetuju sekiranya pihak kerajaan menghadkan penggunaan laman Facebook/ Blog/ Twitter dan lain- lain?

Ya____ Tidak_____

Sila nyatakan alasan anda_____________________________________________________________


18. Adakah perkhidmatan Facebook/ Blog/ Twitter dan lain-lain patut diteruskan pada masa akan datang?

Ya____ Tidak____


Bahagian C : Kesimpulan

1. Adakah anda setuju jika penggunaan pengenalan diri sebenar dalam laman web tersebut mempengaruhi imej, psikologi, penampilan dan identiti sebenar anda?

Ya____ Tidak_____

Beri pendapat anda____________________________________________________________


Terima kasih atas kerjasama anda

Related Posts with Thumbnails