Saturday, June 26, 2010

...indahnya jika kita mampu menjadi yang LEBIH BAIK..

..salam..

badan ku direhatkan sebentar di atas katil..
ya, hari ini sangat letih, penat..
letih kerana baru pulang dari menghantar sepupu ke hentian kajang..
dan esok, aku akan mengikut jejaknya jua..
andai aku masih lagi diberi kesempatan..
kami akan bertemu kembali di KELANTAN..
insya'allah..

di satu sudut..
aku terpandangkan novel..
ya, itu novel VERSUS karya hlovate..
ingin sekali aku meneruskan pembacaan yang terhenti petang tadi...
namun, mataku sudah keletihan..
meronta-ronta untuk didodoikan..


versus..
entah mengapa, hatiku terpaut untuk membeli novel ini semalam..
di MPH ketika mataku ligat mencari novel rooftop rant..
namun, tanganku terhenti untuk mengambil novel versus..
padahal, selama ini..
aku bukanlah kaki novel..

ada sesuatu yang aku suka mengenai VERSUS..
entah mengapa, ku rasakan novel ini seolah-olah mengambarkan diriku..
masa lampauku dan masa kiniku..
aku terpaut untuk meneruskan pembacaan..
dan, memang benar..
novel ini sama seperti kehidupan yang aku sedang jalani sekarang..

versus..
merungkai persoalan mengenai perubahan diri..
iaitu bagaimana mahu menjadi BAIK?
definisi baik dari pelbagai sudut...
dan ianya terserah kepada individu itu sendiri..
namun, bagi hlovate..
baik itu ialah apabila kita beriman kepada ALLAH..
dengan mengamalkan segala perintahNYA..
dan meninggalkan segala laranganNYA..

memang benar aku ingin berubah..
tapi kadang-kadang aku ragu-ragu dengan niatku ini...
adakah aku mampu menjadi BAIK??
namun, segalanya terjawab setelah membaca novel ini..
dan kini aku NEKAD untuk berubah..
berubah menjadi yang LEBIH BAIK..

mungkin, cuti sem kali ini membawa seribu makna kepadaku..
dan akan aku manfaatkan cuti kali ini..
dengan membaca semua karya hlovate..
:)

nasihat aku..
kamu tak akan menyesal jika membacanya..
banyak perkara yang akan dapat kamu pelajari kelak..
terutamanya mengenai agama ISLAM..
ya ALLAH, aku bersyukur..
kerana aku masih diberi kesempatan untuk berubah.,.
alhamdulillah..

kata-kata terakhirku..
~ selamat bercuti kepada PUAN ROZMEL dan TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN~

*saadiah*

Tuesday, June 22, 2010

cute child beside me says, " nice to meet you..""yupz.. you too, what is your name, sweety?" me ask.. "Ana Babun.." she said..  -nice moment-

Monday, June 21, 2010

..draf kertas kerja tugasan berkumpulan..

salam..

sila klik ini untuk kulit depan tugasan..
sila klik ini untuk isi kandungan tugasan..
sila klik ini untuk hasil perbincangan dan analisis borang kajiselidik..

harap maklum..

Alhamdulillah.. Sa cinta ZZZT 2243

Dua bulan menjalani kuliah kemahiran menulis sangat menyenangkan sa rasakan, jujur sahaja.. awal memasuki kursus ini sa merasa kurang yakin mampu melaluinya, tapi alhamdulillah.. puan Rozmel,.. pensyarah tercinta dan teman-teman se-kelas mampu membuat sa betah dan tidak ingin absent dari kuliah  :)


Banyak hal yang sa pelajari dari khusus ini, bukan hanya menambah wawasan mengenai indahnya bahsa melayu, panduan penulisan yang terarah dan sistematis.. tetapi makna kebersamaan dan saling menghormati yang selalu puan rozmel ajarkan secara tidak langsung dalam setiap tindakan membuat sa benar -benar merasa syukur tidak salah memilih kursus ZZZT 2243 ini! 


Akhir kata.. setelah menyelesaikan beberapa kertas kerta perseorangan dan berkumpulan bersama rekan tersayang kak sa'adiah, kak intan (semoga cepat sembuh ya kak..) serta beberapa kumpulan lain yang sangat bersemangat dan selalu buat 'usyah' (betul ke tak yang sa tulis ne? hihi)


Pertemuan yang indah, dan akhir yang ceria.. terima kasih puan rozmel dan rakan-rakan kemahiran menulis.
sa suka berada bersama kalian!! semoga kita boleh menjawab peperiksaan dengan baik.. amien :)


CHAYYO semua..!!


*Mardalisa

Cinta yang Sederhana

Ku mencintaimu dengan sederhana
seperti huruf yg mnghslkn makna
laksana pelangi yang membasahi bumi

Ku belajar mencintaimu dengan sempurna
dengan keterbukaan, tanpa kebohongan
tiada persyaratan,tanpa paksaan

Ku mencintaimu secara metamorfosis
bertahap, sistematis bukan instans
seperti ulat yang mnjdknnya kupu-kupu
seperti malam yang di terangi bintang
bukan api yang menjadikannya abu..
sungguh bukan itu..
(malaysia, 20 Feb '10)


*Mardalisa

Friday, June 18, 2010

..ini BUKAN kebetulan tetapi semuanya telah DIRANCANG!!!

salam..

hari ini, semasa saya sedang melayari FB..
tiba-tiba hati saya terdetik untuk membaca satu artikel ini ...
ya, ianya berkenaan isu ISLAM dan YAHUDI..
mungkin artikel ini telah lama dikeluarkan..
tapi saya tetap mahu berkongsi bersama rakan-rakan sekalian..

maaf, kerana saya tidak dapat meneruskan pembacaan..
KEBENARAN yang diketahui sudah cukup menyeramkan saya..
maaf untuk kelemahan diri ini..

-saadiah-

..mari bercakap tentang KEHIDUPAN..

salam..

kehidupan ini adalah satu ANUGERAH..
anugerah yang TERINDAH..
yang diberikan oleh-NYA..

setiap individu mempunyai TAKDIR kehidupan yang berbeza..
ya, kita semua berbeza..
tetapi, ingatlah hidup ini umpama RODA..

sekejap kita di atas,
sekejap kita di bawah...

oleh itu, HARGAILAH hidup ini selagi kita mampu..
jangan disesali segala yang telah terjadi..
setiap dugaan yang datang, adalah ujian dari-NYA..

bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kini..
kerana bukan semua insan mempunyai takdir hidup yang sama seperti kita..

                                      alhamdulillah..

*saadiah*
Related Posts with Thumbnails